Terma Perkhidmatan

Kemaskini: Jun 2026

1. Perkhidmatan

GajIla Pro adalah sistem pengurusan gaji dan HR untuk perniagaan Malaysia. Dengan mendaftar, anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ini mengikut terma yang ditetapkan.

2. Akaun Pengguna

Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun anda. Sila pastikan kata laluan anda selamat dan tidak dikongsi dengan pihak lain.

3. Data & Privasi

Organisasi pelanggan ialah pengawal data pekerja dan bertanggungjawab terhadap asas pemprosesan, notis, ketepatan serta akses pengguna. GajiLa memproses data tersebut untuk menyediakan perkhidmatan. Sila baca Notis Privasi dan DPA.

4. Pembayaran & Langganan

Plan berbayar diproses melalui CHIP (FPX). Pembayaran adalah untuk tempoh 31 hari. Tiada bayaran balik selepas pembayaran berjaya diproses.

5. Had Tanggungan

GajIla Pro disediakan "seadanya". Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul akibat penggunaan sistem ini. Pengguna bertanggungjawab memastikan ketepatan data yang dimasukkan.

6. Penamatan

Kami berhak menangguhkan atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini. Penamatan langganan tidak memadam data secara serta-merta. Permintaan eksport atau pemadaman diproses melalui Pusat Privasi, tertakluk kepada retention dan kewajipan undang-undang.

7. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui WhatsApp: 0175866188

← Kembali ke Pendaftaran