Notis Privasi

Versi 2026-06-25

1. Siapa Kami dan Peranan Kami

GajiLa Pro dikendalikan oleh Jana Mega Global. Bagi maklumat akaun, sokongan dan billing, kami bertindak sebagai pengawal data. Bagi data pekerja yang dimasukkan oleh pelanggan, pelanggan ialah pengawal data dan kami bertindak sebagai pemproses data mengikut arahan pelanggan.

2. Maklumat yang Diproses

Kami memproses nama dan e-mel pengguna; maklumat organisasi; serta data pekerja seperti nama, IC/pasport, tarikh lahir, telefon, e-mel, alamat pekerjaan, gaji, bank, KWSP, PERKESO, EIS, TIN/PCB, cuti, tuntutan, potongan dan dokumen payroll. Log teknikal, keselamatan, persetujuan, billing dan aktiviti sistem turut direkodkan.

3. Sumber dan Tujuan

Data diperoleh daripada pengguna, organisasi pelanggan, pekerja yang diberi kuasa atau penyedia pembayaran. Ia digunakan untuk authentication, payroll, statutory calculation, payslip, CP8A/EA, laporan, billing, sokongan, keselamatan, pencegahan penyalahgunaan, pematuhan undang-undang dan pengurusan permintaan hak data.

4. Data Wajib dan Pilihan

Maklumat bertanda wajib diperlukan untuk menyediakan fungsi berkaitan. Tanpa data pengenalan, pekerjaan atau gaji yang diperlukan, sesetengah pengiraan dan dokumen tidak boleh dihasilkan. Pelanggan bertanggungjawab memastikan data pekerja yang dimasukkan adalah tepat, relevan dan diperoleh secara sah.

5. Pendedahan dan Pemproses

Data boleh diproses oleh penyedia infrastruktur, authentication, hosting dan pembayaran yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan. Kami tidak menjual data untuk pemasaran. Senarai kategori penyedia dan tujuan tersedia pada halaman Subpemproses.

6. Pemindahan Rentas Sempadan

Sesetengah penyedia mungkin memproses atau membuat sandaran data di luar Malaysia. Kami menilai perlindungan kontrak dan teknikal penyedia, mengehadkan pemindahan kepada keperluan perkhidmatan dan menyimpan rekod pemindahan yang berkenaan.

7. Keselamatan

Kami menggunakan authentication, Row Level Security, kawalan role, TLS, pengasingan tenant, service credentials di server, logging dan semakan akses. Tiada sistem boleh dijamin bebas risiko sepenuhnya; pelanggan perlu menjaga kata laluan, pengguna dan peranti mereka.

8. Penyimpanan dan Pemadaman

Data aktif disimpan sepanjang akaun diperlukan. Selepas permintaan penamatan, data akan dinilai untuk eksport, sekatan, pemadaman atau anonimisasi, tertakluk kepada keperluan cukai, pekerjaan, pertikaian, backup dan undang-undang. Rekod keselamatan dan insiden boleh disimpan sekurang-kurangnya dua tahun.

9. Hak Individu

Tertakluk kepada undang-undang, anda boleh meminta akses, pembetulan, sekatan, penarikan persetujuan yang berkenaan, atau pemadaman. Bagi data pekerja, permintaan biasanya perlu dibuat melalui majikan sebagai pengawal data. Pengguna berdaftar boleh menggunakan Pusat Privasi dalam aplikasi.

10. Insiden Data

Kami menilai insiden keselamatan dan akan membuat notifikasi kepada pihak berkuasa serta individu terjejas apabila diwajibkan. Pelanggan perlu memaklumkan kami segera jika mengesyaki akses tidak sah atau kehilangan data.

11. Hubungi Kami

E-mel privasi: privacy@gajila.my. Sokongan: WhatsApp. Anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Versi DPA berkaitan: 2026-06-25.

Kembali